fbpx
Mohamad Firdaus (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan anak perempuannya termakan 'biskut ganja', minggu lalu.

Bapa didakwa cuai punca anak makan biskut ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan anak perempuannya termakan ‘biskut ganja’, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Firdaus Hassim, 39,  bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai bapa dan orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun tujuh bulan didapati telah bertindak mendedahkan dan secara cuai membiarkan mangsa memakan biskut buatan sendiri yang mengandungi dadah jenis kanabis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bagan Lawin, Gerik pada pukul 7.30 malam, 29 Mei 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd. Waffy tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu mengambil kira mangsa adalah anak kepada tertuduh dan tinggal bersama selain perbuatan tersebut merupakan kesalahan serius.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Julai depan untuk tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan kanak-kanak itu dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN