fbpx

Lisdawati berniqab elak dikenali di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lisdawati tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan mengenai kembara rohani berkaitan haji ketika ditemui di Mekah semalam.

MEKAH – Aktres Lisdawati mendedahkan dia terpaksa memakai niqab sepanjang berada di Tanah Suci bagi mengelakkan diri daripada dikenali selain menghormati jemaah lain supaya niatnya untuk beribadat tidak tersasar.

Bagaimanapun kata pemiliik nama Nisdawati Nazarudin, 45, itu, dia tidak akan menolak jika jemaah ingin bergambar sekiranya mereka kenal dan perasan kehadirannya di Maktab 84 di Hotel Rehab Al-Janadriyah di sini.

Pelakon KL Menjerit itu memberitahu, dia bagaikan tidak percaya apabila niat yang dipasang sejak 2008 itu menjadi kenyataan untuk berangkat ke Tanah Suci bersama ibunya, Risda Chalidi, 67, atas izin suami yang juga pelakon, Fauzi Nawawi, 51.

“Ibu menjadi sumber kekuatan saya apabila dia selalu mengingatkan supaya yakin dan memperbanyakkan doa setiap kali saya ditimpa ujian serta dugaan dalam kehidupan.

“Ia membuatkan saya seolah-olah telah menemui ketenangan sehinggakan saya tidak mempedulikan gosip tentang suami. Bagi saya selagi dia bertanggungjawab dan pulang ke rumah itu sudah memadai kerana segalanya atas ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui.

Menurut Lisdawati, sepanjang di Tanah Suci, dia kerap mendoakan agar suaminya dilimpahkan tawaran yang mencurah-curah dalam bidang lakonan supaya dia boleh menumpang rezeki dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Sambil menitiskan air mata Lisadawati menambah, dia bukannya berasal daripada keluarga senang dan akan terus berlakon selepas ini.

“Saya kekal berhijab, memakai stoking dan hand sock selain lebih selektif terutama berkenaan jalan cerita filem atau drama dan watak yang ditawarkan.

“Ramai pengarah dan produser faham dengan kehendak saya. Walaupun selektif, saya masih menerima banyak tawaran berlakon selepas musim haji ini,” katanya yang berlakon dalam drama terbaharu, Hijrah Jannah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI