fbpx

Johor terima pelaburan RM1 bilion bina loji proses bahan api jet Ecoceres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (tengah) menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Loji Memproses Bahan Api Jet Mampan Ecoceres di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Johor menerima pelaburan baharu bernilai RM1 bilion dengan pembinaan loji memproses bahan api jet mampan di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, di sini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, loji itu merupakan fasiliti yang pertama seumpamanya di negara ini sekali gus mengalu-alukan pembinaan pusat berkenaan yang akan memberi kesan positif terhadap ekonomi tempatan.

“Tidak dinafikan, Johor masih kekal sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini, dengan lokasi yang strategik berhampiran dengan Singapura, serta kemudahan infrastruktur yang lengkap.

“Saya difahamkan pelaburan oleh syarikat Ecoceres ini adalah pelaburan asing pertama syarikat itu di luar China, tetapi juga dengan saiz pembangunan yang lebih besar daripada kemudahan dimiliki mereka di negara tersebut,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis pecah tanah fasiliti memproses jet petrol mampan Ecoceres di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberi komitmen kerajaan negeri akan bekerjasama erat dengan agensi pusat dalam memudahcara kemasukan pelaburan asing yang bermanfaat untuk negeri dan negara.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han dan Ketua Pengarah Eksekutif Ecoceres, Philip Siu.

Sementara itu, Philip memberitahu, pelaburan dibuat pihaknya itu melibatkan kos keseluruhan bernilai RM1 bilion dengan kelebihan eksport 100 peratus buat ekonomi tempatan negara ini.

“Pelaburan ini memberi pulangan menang-menang kepada Ecoceres, kerajaan Johor dan juga komuniti setempat dimana ia turut mewujudkan sebanyak 260 peluang pekerjaan berkualiti tinggi yang akan dibuka kepada penduduk tempatan.

“Selain itu, produk yang dihasilkan syarikat untuk memenuhi pasaran eksport ke seluruh dunia adalah 100 peratus daripada bahan tempatan, sekaligus memberi nilai tambah kepada pasaran eksport Malaysia,” ujarnya.

Ecoceres merupakan anak syarikat pembekalan gas Towngas yang telah menjalankan operasi perniagaan sejak tahun 1862 dan berpangkalan di Hong Kong, China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI