fbpx

Jessica Girls’ Generation dipulau?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSICA JUNG

SABAN tahun, industri seni K-pop telah menyaksikan pelbagai kontroversi dan khabar angin sekali gus sering mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat.

Satu topik hangat baru-baru ini heboh iaitu melibatkan dakwaan mengenai bekas ahli Girls’ Generation, Jessica Jung yang telah disenarai hitam daripada semua saluran dan rancangan penyiaran Korea.

Pada tahun 2014, SM Entertainment mengumumkan ‘pengunduran’ Jessica secara tiba-tiba membuatkan ramai sedih dan terkejut.

Difahamkan, dia digugurkan daripada kumpulan itu tanpa sebab yang kukuh.

Sejak Jessica meninggalkan SM Entertainment, sukar untuk melihat kemunculannya dalam mana-mana program muzik atau rancangan televisyen Korea sehingga mencetuskan khabar angin bahawa dia telah disenarai hitamkan sejak meninggalkan agensi itu.

Khabar angin terus bertebaran apabila ramai netizen Korea tertanya-tanya mengapa Jessica tidak lagi kelihatan walaupun di saluran tempatan.

Dia dilihat lebih kerap muncul di rancangan televisyen China.

“Dalam saluran kebangsaan pun Jessica tiada? Peliknya, padahal dia sangat aktif dengan karya bagus dan begitu berbakat.

“Adakah dia telah disenarai hitam?” demikian komen peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI