fbpx

Pelan ‘Al-Falah’ sokong agenda Membangun Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im (dua dari kiri) pada Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-kanak anjuran YADIM 2023 di PWTC. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan satu Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani atau nama lain, ‘Al-Falah’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pelan ini dibangunkan bertujuan menyokong agenda yang telah diilhamkan Perdana Menteri iaitu Membangun Malaysia Madani.

Tambahnya, dalam mencapai sasaran menjadikan masyarakat Madani, masyarakat perlu mempunyai sifat berkasih sayang sesama insan, rahmah dan menghormati.

“Semua ini dapat dibina melalui pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-Kanak anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Hadir sama, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus.

Program tersebut diadakan bagi melancarkan empat buku baharu terbitan Yadim selain meraikan seramai 13 pemenang penulisan cerita pendek kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI