fbpx

Kadar sewa tapak D’Anjung Selera Madani turun RM200 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) melawat para peniaga dan gerai-gerai di D'Anjung Selera Madani, di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kadar sewaan bagi tapak gerai di D’Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak di sini diturunkan kepada RM200 sebulan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perasmian D’Anjung Selera Madani, di sini, hari ini.

Katanya, sebagai perancangan awal, kadar sewaan yang ditetapkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah RM400 sebulan, namun bagi meringankan beban para peniaga, potongan sebanyak 50 peratus diberikan serta merta.

“Oleh kerana D’Anjung Selera Madani ini dah dibuat bersih, maka sewaan dinaikkan. Cadangannya RM400, macam mana boleh? Tak apa, turun sikit ya, cadangan RM400, turun RM300, turun RM250, saya putuskan RM200 sebulan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan mana-mana peniaga yang gagal membayar sewa mengikut tempoh ditetapkan, bakal ditamatkan lesen perniagaannya.

“Saya bagi kuasa kepada Datuk Bandar melainkan dalam keadaan darurat macam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya, kalau tak bayar, kita ambil balik lesen (perniagaan) itu.

“Kita dah berikan minuman kadar sewa, kalau tidak bayar saya bagi kuasa kepada Datuk Bandar untuk batalkan lesen dan bagi lesen pada orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, D’Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak di sini merupakan buah fikiran Anwar sendiri untuk menaiktaraf fasiliti gerai-gerai peniaga kecil dan penjaja sedia ada di Wilayah Persekutuan kepada lebih kondusif serta selesa.

Pusat penjaja ini mengandungi 24 unit gerai dan tiga unit kios serta turut menyediakan kemudahan surau, tandas, rumah sampah dan juga ruang parkir kenderaan dengan 48 petak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI