fbpx

Semua bakal haji jalani pemeriksaan kesihatan ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEMAAH haji KT40 (SV5611) kelihatan ceria sebelum berlepas ke Madinah pada pukul 7.45 malam kelmarin. – Foto oleh TABUNG HAJI

MEKAH – Kesemua 31,600 jemaah Malaysia telah melalui pemeriksaan kesihatan yang komprehensif dan lulus sebelum mereka dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr. Marsudi Manah berkata, jemaah dika­tegorikan mengikut kod warna berdasarkan tahap kesihatan masing-masing.

Katanya, jemaah yang tidak mempunyai masalah kesihatan diberikan kod warna hijau, manakala bagi yang ada masalah kesihatan terkawal seperti hipertensi dan diabetes yang stabil serta boleh menjalankan ibadah haji sendiri dikategorikan dalam kod kuning.

“Kod merah pula bagi jemaah yang memerlukan pengiring untuk memudahkan pergerakan mereka melaksanakan haji.

“Kod hitam pula untuk jemaah yang mempunyai pe­nyakit kronik dan tidak dibenarkan terbang ke Tanah Suci,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, doktor akan mela­kukan pemeriksaan ke atas semua segmen dalam sistem tubuh seperti kardiovascular, pencernaan dan emosi sebelum jemaah dibenar tunaikan haji.

“Jemaah pula perlu diperiksa oleh doktor bertauliah di klinik-klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang mempunyai nombor pendaftaran yang diluluskan Kementerian Kesihatan.

“Kriteria pemeriksaan kesihatan bawah garis panduan itu antaranya menetapkan tiada jemaah berpenyakit kronik seperti kanser, penyakit paru-paru kronik dan sebagainya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI