fbpx

Presiden Joe Biden tersungkur di pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN terjatuh selepas kaki beliau dipercayai tersandung beg pasir (dalam bulatan) di pentas Akademi Tentera Udara AS, Colorado semalam. – Getty Images

DENVER, Colorado –  Presiden  Joe Biden tersungkur semasa menghadiri majlis graduasi di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dalam negeri Colorado semalam, lapor saluran berita CNN.

Biden dipercayai tersandung selepas kakinya terlanggar beg pasir di atas pentas  majlis penyampaian diploma tersebut.

Presiden berusia 80 tahun itu bagaimanapun tidak  cedera dalam kejadian itu. Beliau pantas bangkit semula dan berjalan ke tempat duduknya. Pemimpin tersebut juga dilihat tersenyum serta ‘berjoging’ ke arah kenderaan selepas majlis selesai.

Dalam perkembangan berkaitan, White House memberitahu bahawa Biden  berada dalam keadaan baik selepas terjatuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI