fbpx

[VIDEO] Ibu tak bayar hutang punca kereta anak dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian sebuah kereta Perodua Axia dilarikan dua lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Bagan Lalang kelmarin.

SEBERANG PERAI – Gara-gara si ibu gagal melunaskan wang pinjaman ah long sebanyak RM100,000,  kereta milik anak lelakinya dirampas tiga lelaki upahan di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, di sini pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, tular video berdurasi satu minit dua saat di media sosial yang memaparkan seorang pemandu Perodua Axia ditarik keluar dua lelaki sebelum kenderaannya dilarikan di persimpangan lampu isyarat terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan ketiga-tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 27 sehingga 49 tahun semalam.

Katanya, suspek ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta Butterworth.

“Hasil siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 57 tahun telah membuat pinjaman wang berjumlah RM100,000 daripada seorang lelaki pada tahun 2020.

“Melalui perjanjian bertulis, ibu mangsa bersetuju untuk menyerahkan kereta berkenaan sekiranya gagal membayar pinjaman terbabit.

“Memandangkan ibu mangsa gagal membayar pinjaman itu, lelaki (pemiutang) terbabit mengupah tiga lelaki untuk merampas kereta mangsa,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Tambahnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI