fbpx

Wartawan wanita tanpa pakaian dalam program bual bicara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helen Berriman (kanan) berbogel ketika muncul dalam program televisyen Good Morning Britain terbitan ITV kelmarin. - ITV

LONDON – Seorang wanita berbogel semasa muncul dalam program televisyen Good Morning Britain bagi membincangkan isu berjemur di tepi pantai tanpa seurat benang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Helen Berriman dijemput menyertai program bual bicara terbitan stesen televisyen ITV  bagi  membincangkan topik itu bersama pakar jenama dan budaya, Nick Ede.

Helen ialah seorang penulis gaya hidup telanjang dan  wartawan.

Mereka membincangkan insiden di kolam Hampstead Heath, London Utara baru-baru ini di mana kakitangan fasiliti tersebut menghubungi polis apabila seorang pengunjung berjemur dalam keadaan telanjang dan enggan menutup dirinya.

Helen yang mahu mengukuhkan lagi hujahnya, memutuskan untuk muncul dalam program tersebut dengan duduk tanpa berpakaian. 

Dalam program itu, dia berkata: “Bagaimana berbogel boleh menyinggung (orang lain)? Ia hanyalah tubuh badan.”

Walaupun tidak menyalahi undang-undang untuk berbogel di khalayak ramai di England dan Wales, di bawah Seksyen 66 Akta Kesalahan Seksual 2023, orang ramai perlu memastikan bahawa perbuatan tersebut tidak menimbulkan keresahan kepada orang lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI