fbpx

Stadium Sultan Ibrahim dipilih venue final Piala FA 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stadium Sultan Ibrahim akan menjadi venue final Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat tonik terbaik untuk pertahankan kejuaraan Piala FA selepas Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri dipilih sebagai venue final edisi 2023 musim ini.

Perkara itu disahkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan sebentar tadi yang menyatakan hanya SSI yang menghantar bidaan rasmi untuk menjadi venue final kali ini.

Menurut MFL, pemilihan venue final Piala FA 2023 menerusi bidaan telah kepada semua kelab Liga Malaysia (Liga M) bermula 19 Mei yang lepas sebelum ditutup pada 24 Mei.

“Pemilihan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak boleh digunakan bagi final Piala FA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai depan.

“SNBJ masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober jadi MFL tidak dapat menggunakan stadium itu bagi final Piala FA kali ini.

“MFL juga tidak dapat menangguhkan perlawanan itu memandangkan kekangan kalendar pertandingan selepas Oktober yang padat dalam tempoh itu dengan pusingan akhir perlawanan Liga Super.

“Selain itu, permulaan kedua-dua Piala Malaysia dan Piala Cabaran 2023 serta juga terdapat tarikh-tarikh penting melibatkan tugasan antarabangsa pasukan kebangsaan (FIFA days), pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC yang bermula September hingga Disember depan,” kata kenyataan tersebut.

Beberapa final Piala FA sebelum ini turut pernah dilangsungkan bukan di stadium nasional seperti edisi 1992 (Stadium Negeri, Sarawak), 1998 (Stadium Likas),
1999 (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah), 2000 (Stadium Negeri, Batu Kawan) dan 2005 serta 2008 (Stadium Shah Alam). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI