fbpx

Selesaikan isu elaun, jangan ekploitasi pelajar praktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI pelajar bekerja seperti staf tetap ketika menjalani latihan industri di syarikat ditempatkan. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), menggesa supaya cadangan untuk mewujudkan akta khas berkaitan elaun pelajar latihan industri disegerakan bagi mengelakkan eksploitasi tenaga kerja.

Yang Dipertuanya, Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrain berkata, isu itu sudah terlalu lama dibiarkan dan sudah tiba masa ia segera dibentangkan di Kabinet.

“Saya mengharapkan daripada pihak kerajaan untuk melakukan tindakan yang serius untuk menyelesaikan isu ini.

“Saya merayu kepada kerajaan untuk pandang hal ini dari sudut pandang mata burung, bukan dari sudut katak bawah tempurung,” katanya kepada Kosmo!.

Shamsul Aiman berkata, agak mudah sudah lama menanggung beban lapuk dan tidak berkesudahan berikutan tiada penyelesaian konkrit kerajaan sehingga hari ini.

“Saban tahun, selalu dibangkitkan isu mengenai masalah elaun latihan industri untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta.

“Ketiadaan solusi yang konkrit di peringkat Kabinet menjadikan mereka lebih rela memilih untuk bekerja selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada menyam­bung pelajaran takut terbeban dengan kos yang tinggi untuk belajar di IPT termasuk semasa latihan industri.

“Saya percaya kerajaan tak lekang berfikir cara untuk mendekati mahasiswa secara holistik melalui agenda pemerkasaan mahasiswa, bahkan saya menyokong penuh agenda-agenda nasional selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada anak muda yang menjadi sebahagian daripada aset negara,” tegasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan banyak syarikat ternama membuat kerahan kerja pekerja terhadap pelajar praktikal tanpa dibayar elaun.

Ramai dalam kalangan mereka terpaksa bekerja dan mengeluarkan belanja sendiri untuk mendapat duit poket ketika menjalani latihan industri.

Shamsul Aiman bagaimanapun berharap kerajaan dapat membantu untuk menyelesaikan isu elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri ini demi kepentingan pelajar pada masa depan.

“Ini kerana mahasiswa adalah aset yang penting untuk masa depan negara yang lebih baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI