fbpx

Lipan bara bantu jemaah ‘tersasar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Samsol (kiri) memberi taklimat kepada pasukan lipan bara sebelum menjalankan tugas di sekitar Masjidilharam, Mekah hari ini.

MEKAH – Seramai 17 anggota polis bantuan Tabung Haji (TH) ditempatkan di unit peronda di lapan lokasi strategik di Masjidilharam bagi membantu dan mencari jemaah yang tersesat supaya mereka dapat pulang ke maktab dengan selamat.

Ketuanya, Wan Samsol Husin berkata, operasi 24 jam yang dibahagikan kepada tiga syif itu bermula sejak 26 Mei lalu. Setiap syif mempunyai lapan petugas yang digelar sebagai lipan bara.

Katanya, antara lokasi itu termasuk di tandas dan pintu Marwah, pintu As-Salam, Zamzam Tower, laluan ke Misfalah dan Hafaer.

“Anggota lipan bara boleh dikenali melalui baju T merah, seluar hitam, kopiah putih dan beg silang merah tertera tulisan petugas TH.

“Mereka akan mencari dan boleh mengenal pasti jemaah yang sesat. Kesemua mereka merupakan anggota polis bantuan TH yang dipilih selepas menjalani ujian saringan kesihatan yang ketat,” katanya.

Menurut Wan Samsol, antara tugas lain peronda ialah menahan teksi untuk menghantar jemaah pulang ke maktab.

Tambahnya, terdapat beberapa kes jemaah warga emas berusia 60 hingga 70 tahun ke atas yang tidak mempunyai pengiring hilang arah selepas selesai melakukan umrah.

“Ada juga kes jemaah yang terkeluar dari Masjidilharam sebelum sempurna umrah mereka dan dibawa semula ke lokasi saie untuk melengkapkan tujuh pusingan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI