fbpx

Empat bekas pemain hoki terima insentif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (berdiri tengah) pada majlis penyerahan sumbangan kepada bekas-bekas pemain hoki kebangsaan di Hotel Everly Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Bekas penyerang skuad hoki kebangsaan, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin meluahkan rasa syukur apabila menerima insentif skim persaraan bernilai RM19,040 daripada Yayasan Hoki Malaysia (YHM).

Izwan, 34, menganggapnya sebagai satu penghargaan buat dirinya selepas pernah beraksi 153 perlawanan antarabangsa bersama Speedy Tigers dari 2009 hingga 2017.

“Syukur Alhamdulillah atas penghargaan serba sedikit ini dapat membantu bekas-bekas pemain hoki negara apabila sudah bersara.

“Sebagai bekas pemain, keringat semasa bermain hoki dari segi latihan, masa dan pengborbanan buat pasukan kebangsaan. Pemberian insentif ini merupakan sedikit penghargaan terhadap jasa kita buat negara,” katanya.

Pencapaian tertinggi Izwan ketika menyarung jersi negara adalah membantu Malaysia layak kali pertama dalam sejarah hoki kebangsaan ke pentas final Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China yang menyaksikannya meraih pingat perak.

Selain Izwan, tiga bekas pemain hoki kebangsaan turut menerima insentif itu iaitu Baljit Singh Charun Singh yang merupakan penerima tertinggi bernilai RM41,840 dan
Joel Samuel Van Huizen serta P. Prabhakaran masing-masing menerima RM10,400.

Majlis penyampaian sumbangan oleh YHM yang diadakan di Hotel Everly Putrajaya hari ini itu turut dihadiri ahli-ahli lembaga pengarah termasuk pengerusinya, Tan Sri Raja Aman Raja Ahmad dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Syabas kepada Yayasan Hoki Malaysia, jika kita lihat kepada penyerahan cek tadi, jumlah bantuan diberi bukannnya kecil namun agak substantif.

“Inisiatif ini mampu menarik anak-anak muda untuk menceburi bidang sukan kerana menyedari terdapat yayasan sedikit sebanyak berupaya menjaga kebajikan mereka selepas bersara kelak,” jelas Hannah.

Objektif utama YHM yang ditubukan pada 20 Mac 1992 di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-9, Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah adalah mentadbir dana diterima untuk promosi, pembangunan dan kemajuan sukan hoki termasuk kebajika pemain-pemain hoki Malaysia.

Sejak 1993 hingga 2020, YHM telah memberi bantuan kewangan kepada pemain hoki kebangsaan seperti biasiswa berjumlah RM423,307 untuk 26 pemain, faedah persaraan bernilai RM1.15 juta buat 60 pemain dan kos perubatan serta pengebumian sebanyak RM20,000 kepada empat pemain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI