fbpx

Saya dan Tiz Zaqyah memang akrab – Keith Foo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Keith Foo memberitahu hubungannya bersama Tiz Zaqyah tidak lebih daripada sekadar kawan baik.

PETALING JAYA – Aktor Keith Foo menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Tiz Zaqyah selepas timbul spekulasi  dirinya sedang hangat bercinta dengan aktres tersebut apabila tular video mesra mereka dalam media sosial.

Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 40, ketika dihubungi Kosmo! berkata, hubungannya dengan Tiz tidak lebih sekadar seorang kawan lama yang telah dikenali sejak 2014.

“Saya dan Tiz sudah berkawan baik sekitar satu atau dua tahun selepas saya meninggalkan Indonesia untuk kembali ke Malaysia lebih sedekad dulu.

“Keakraban kami juga memang sukar untuk disorokkan kerana kami pernah bergandingan dalam drama Jodoh Itu Milik Kita sekitar 2013,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Bagaimanapun, aktor berdarah campuran Cina dan India itu menerima doa yang baik daripada peminat.

“Perasaan saya biasa sahaja apabila menerima doa-doa orang ramai yang mahu melihat kami bersama.

“Jika ada yang mendoakan baik-baik untuk saya dan Tiz, saya terima sahaja dengan hati terbuka sebab itu perkara baik,” jelasnya.

Ditebak mengenai kekerapan berjumpa pemilik nama lengkap Siti Zaqyah Abdul Razak itu, Keith menafikan tentang perkara tersebut, sebaliknya mereka berjumpa sebagai rakan perniagaannya.

“Kami tidak selalu berjumpa, tetapi ada juga keluar sekali sekala dan melancong bersama-sama.

“Tujuan kami berjumpa pun atas dasar kerja,” ujarnya yang kini sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah drama.

Terdahulu, spekulasi perhubungan cinta antara Keith dan Tiz bermula apabila masing-masing memuat naik video mempamerkan kemesraan sambil berpegangan tangan dan berpelukan.

Keith yang terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia selama sedekad pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015. Bagaimanapun perkahwinannya tidak bertahan lama selepas bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia enam tahun. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI