fbpx

Pewaris pelawa Sanusi debat kenyataan P. Pinang milik Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yussof (kir), Sanusi

GEORGE TOWN – Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (Pewaris) mempelawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk menghadiri majlis dialog bagi mendapatkan kepastian mengenai kenyataan beliau bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Presidennya, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, majlis dialog antara Pewaris dan Menteri Besar Kedah itu boleh diadakan pada tarikh yang sesuai dan boleh tentukan oleh kedua-dua pihak.

“Andainya diizinkan Pewaris mencadangkan supaya diadakan majlis dialog di antara Pewaris dengan Muhammad Sanusi pada satu tarikh yang akan ditentukan oleh kedua-dua pihak.

“Pada majlis dialog ini, kita dapat merungkai kepastian dengan fakta-fakta sejarah yang ada mengenai kenyataan Muhammad Sanusi bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Muhammad Sanusi terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut disebabkan Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Mohd. Yussof yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) berkata, beliau ingin bertanya kepada Muhammad Sanusi, adakah kenyataan Menteri Kedah itu adalah satu gimik murahan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Sempadan Kedah-Pulau Pinang wujud dan dinyatakan dengan Akta 325 yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

“Maka kata-kata Menteri Kedah itu satu kata-kata yang memperlihatkan dia kurang menyelidik atau sengaja untuk dilihat terlalu cerdik bagi mendapat simpati pengundi dalam PRN,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, mengikut sumber dari Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, sempadan Pulau Pinang-Kedah bahagian Seberang Perai diwujudkan melalui perjanjian 6 Mei 1869 antara Inggeris dengan Siam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI