fbpx

Pecah amanah, dua pengarah syarikat ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi proses permohonan reman pagi tadi. FOTO IHSAN SPRM

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua pengarah kerana disyaki memalsukan dokumen dan melakukan pecah amanah sehingga mengakibatkan kerugian dana syarikat berjumlah RM500,000.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek berusia antara 40an hingga 60an itu ditahan di Shah Alam, Selangor antara pukul 5 petang hingga 9 malam semalam.

“Suspek disyaki memanipulasi dokumen dan membuat dokumen invois palsu sehingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian dalam penjualan produk sarung tangan kepada sebuah syarikat pembeli,” katanya di sini tadi.

Susulan itu, Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman telah membenarkan ketiga-tiga suspek direman selama dua hari bermula hari ini sehingga 1 Jun 2023 selepas SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI