fbpx

MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Sabah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Masjid Tg. Batu, Tawau, Sabah bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang esok.

Justeru, MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta agar tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.

“Ujian siren tersebut akan dilakukan di Masjid Tg. Batu. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI