fbpx

Mahkamah: Datuk aniaya dua cucu tiri dipenjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) didakwa atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua cucu tirinya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang lelaki warga emas memperkosa dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua cucu tirinya pada tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman turut memerintahkan hukuman 10 sebatan terhadap tertuduh berusia 68 tahun berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berumur tujuh tahun 11 bulan di sebuah rumah di daerah ini antara pukul 2 petang sehingga 7 malam, Oktober tahun lalu.

Bagi kesalahan tersebut, lelaki warga emas berkenaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Pertuduhan kedua dan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan adiknya yang berusia enam tahun lima bulan di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Tertuduh dikenakan hukuman penjara empat dan dua tahun serta dua sebatan bagi setiap kesalahan tersebut mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Hakim Nooriah kemudiannya mengarahkan hukuman penjara serentak bagi tuduhan pertama dan kedua manakala hukuman penjara ketiga bermula sejurus tertuduh selesai menjalani hukuman pertama dan kedua.

Selain itu, datuk tiri durjana itu turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama setahun mengikut Seksyen 27
Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd. Asaari Salleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI