fbpx

Lee Seung-gi pikat hati peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SEUNG-GI

LANTUNAN suara yang merdu daripada penyanyi Lee Seung-gi berjaya memikat hati peminat yang hadir ke jelajah Asia 2023 Lee Seung-gi Tour, baru-baru ini.

Hal tersebut terbukti apabila Seung-gi berjaya menamatkan persembahan solonya di New Frontier Theater di Manila, Filipina dengan kehadiran ribuan peminat.

Hadir menggayakan sut berwarna biru, penyanyi lelaki itu mencairkan hati peminat dengan persembahan lagu The Dreamers Dream, Wind, Return, Forest, Circle, Delete, Encore dan Music Time.

Tidak hanya menyanyi, Seung-gi turut menghiburkan peminat dengan celoteh ceria memeriahkan lagi suasana.

“Saya menyanyikan lagu balada tetapi rasa ingin mempersembahkan lagi rock kerana anda semua sangat bertenaga,” katanya dengan gembira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI