fbpx

Dua warga Indonesia saksi kes bunuh diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Polis mengesan dua individu warga Indonesia sebagai saksi penting perbicaraan di Mahkamah Seksyen di Kajang, di sini.

Individu tersebut adalah Syamsiah Ismail dan Bahari Hasan yang diperlukan untuk tampil sendiri bagi menjadi saksi pendakwaan dalam kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mahkamah menetapkan tarikh 6,7,13 dan 14 Jun sebagai tarikh perbicaraan.

“Pada 22 Ogos 2018 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima satu laporan berkaitan kematian seorang lelaki warga Indonesia di Hospital Kajang, Selangor.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, suspek berkenaan ditangkap dan dituduh di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, alamat terakhir Syamsiah di nombor 2, Jalan Tasik Indah Off Jalan Ipoh, Sentul manakala Bahari di Town Centre, Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penama ini untuk menyalurkan kepada pihak polis atau penama ini sendiri boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, kes Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 0137854100,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI