fbpx

Bersatu dapat kebenaran mulakan semakan kehakiman isu beku akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya dalam permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membekukan akaun bank parti itu bagi tujuan siasatan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bukan satu permohonan yang remeh dan menyusahkan.

Katanya, isu yang terdapat dalam permohonan berkenaaan boleh didengar melalui semakan kehakiman.

“Terdapat isu yang boleh dibicarakan mengenai perintah pembekuan yang dan larangan perjalanan yang disangkal. Isu-isu yang boleh dibicarakan ini mewajarkan hujah lanjut oleh pihak-pihak pada peringkat substantif dan tidak boleh dihapuskan oleh mahkamah pada peringkat ini,” kata hakim itu.

Pada Mac lalu, Bersatu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPRMyang membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan.

Permohonan itu difailkan peguam Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pihak parti di Mahkamah Tinggi di sini pada 8 Mac lalu. menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Co.

Dalam permohonan itu, pemohon menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan 19 individu lain selaku responden pertama hingga ke-20.

Berdasarkan permohonan itu, parti itu mendakwa keputusan membekukan akaun bank itu dilakukan dengan niat jahat selain suruhanjaya itu menyalahgunakan kuasa mereka dengan menjalankan pendakwaan politik terpilih terhadap kepimpinan Bersatu Perikatan Nasional (PN).

Mereka juga memohon pengisytiharan mahkamah terhadap SPRM bahawa badan itu tidak boleh mengikut arahan pemimpin parti pemerintah yang berada dalam kerajaan atau mengikut arahan perdana menteri atau timbalan perdana menteri.

Ia yang mana meminta pegawai SPRM memulakan siasatan menyebabkan keluarnya perintah pembekuan yang didakwa salah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI