fbpx

Agong zahir ucapan tahniah kepada Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah daripada Al-Sultan Abdullah kepada Erdogan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Republik Turkiye.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Malaysia dan Turkiye untuk terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya.

“Baginda juga telah berkenan mengutus warkah ucapan tahniah secara peribadi kepada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan,” tulis Istana Negara.

Pada tahun 2022, Turki merupakan rakan dagang serta destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import keenam paling utama di kalangan negara-negara Asia Barat.

Malaysia dan Turkiye telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1964.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI