fbpx

Wartawan wira tidak didendang – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video ucapan Ahmad Zahid sempena sambutan Hawana 2023.

PETALING JAYA – Wartawan merupakan wira tidak didendang yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghargai sumbangan para wartawan.

“Kepada semua wartawan yang sering jadi wira tidak didendang, penghargaan saya kepada semua rakan-rakan pengamal media.

“Terima kasih diatas segala sumbangan ke arah pembangunan negara dan masyarakat madani,” katanya sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 yang disambut hari ini.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO seterusnya menyeru wartawan untuk terus berkarya dan menyajikan informasi yang berkualiti.

“Amalkan etika kewartawan dalam persekitaran dunia tanpa sempadan ini. Selamat menyambut hari wartawan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI