fbpx

Wanita warga emas mangsa rompak patah gigi diserang penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BESUT – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan seorang wanita warga emas yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 30-an disyaki telah melarikan wang tunai milik mangsa berjumlah kira-kira RM2,150.

“Polis menerima aduan tentang rumah seorang wanita berusia 68 tahun telah dipecah masuk suspek.

“Dia yang tinggal seorang diri mendakwa gigi nya patah dan tangan kanan terseliuh akibat dikasari lelaki terbabit,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, mangsa mendakwa telah didatangi suspek daripada belakang sebelum mulutnya ditutup dan badannya ditolak.

Tambah beliau, siasatan awal tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit memasuki rumah mangsa dari pintu hadapan yang tidak berkunci.

“Serbuan di rumah suspek menemui wang tunai RM500 dan beberapa butir pil berwarna merah dipercayai dadah.

“Ujian urin mendapati dia positif dadah jenis methamphitamine selain memiliki beberapa rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Abdul Rozak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI