fbpx

Pertimbang benarkan pesara tentera sertai STDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil dua badan kebajikan itu di Kelab Rahman Putra, Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM – Pesara tentera di negeri ini akan dipertimbangkan untuk menyertai Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) bagi meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau prihatin dengan segelintir nasib pesara agensi keselamatan tersebut yang masih bergelut untuk melangsungkan kehidupan.

“Saya tahu bahawa kerajaan turut menawarkan program kursus kemahiran kepada pesara tentera ini, tetapi kerajaan negeri ingin juga menawarkan program kemahiran ini kepada mereka supaya dapat digunakan bagi menjana pendapatan.

“Bagi merealisasikan hal ini, saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi membincangkan membuka penyertaan STDC dimana sebelum ini hanya disertai belia di Selangor sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis lenghargaan bekas perajurit peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras di Kelab Rahman Putra, di sini, malam tadi.

Pada majlis tersebut, Mohd. Khairuddin mewakili kerajaan negeri menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 dan RM5,000 kepada Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh dan Badan Kebajikan Isteri Bekas Perajurit Sungai Buloh.

Menurut Mohd. Khairudin, difahamkan terdapat 14,246 orang pesara tentera yang tinggal di Selangor yang menyertai pelbagai pertubuhan bekas tentera yang ada di negara ini.

Tambah beliau, antara kursus kemahiran yang ditawarkan STDC seperti kemahiran membaiki alat eletronik, membaiki kenderaan, menjahit pakaian dan lain-lain lagi.

Mengulas mengenai sumbangan yang diberikan kerajaan negeri itu, Mohd. Khairudin menjelaskan ahli dalam dua badan persatuan itu boleh memohon wang sumbangan itu sekiranya mereka memerlukannya.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan nasib pesara tentera di negeri ini yang telah berkorban jiwa dan raga mereka mempertahankan negara,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI