fbpx

Mak cik panjat menara telefon, mahu menikmati pemandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan berjaya dibawa turun ke bawah selepas petugas penyelamat memujuknya. – Siam Rath

BANGKOK – Seorang warga emas di Chiang Rai, Thailand berjaya diselamatkan selepas memanjat sebuah menara telefon kerana ingin menikmati pemandangan indah, lapor portal berita Coconuts.

Dalam kejadian Khamis lalu, wanita berumur dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun itu memanjat ke puncak menara tersebut sambil memakai pakaian tradisional Thai. Pakaian itu diperbuat daripada kain sutera hitam dan merah jambu.

Menara telefon yang terletak di Kampung Ban Santan Leuang itu setinggi 100 meter.

Pasukan dari Balai Polis Chiang Rai serta sukarelawan penyelamat daripada  Persatuan Kebajikan Awam Chiang Rai kemudian tiba di lokasi kejadian dan cuba memujuk wanita berkenaan turun ke bawah.

Namun, mereka  akhirnya terpaksa memanjat menara itu bagi menyelamatkan mangsa.

Wanita itu memberitahu, kakinya berasa sakit. Keadaan itu membuatkan dia tidak dapat turun ke bawah.

Dia kemudian meminta sepasang kasut untuk dipakai dan bersetuju turun ke bawah selepas permintaannya dipenuhi.

Beberapa penduduk kampung  berkata, wanita berkenaan ialah penduduk setempat dan  menunjukkan gejala  mengalami gangguan mental. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI