fbpx

Lelaki mengamuk kekasih enggan pinjamkan kereta didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggoya polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Perbuatan seorang lelaki menumbuk muka dan merosakkan telefon bimbit kekasihnya gara-gara mangsa enggan meminjamkan keretanya berbalas apabila didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, David Juan Kee Hean,36, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Seow Li Cha, 34, dengan menumbuk muka dan mata kanan serta siku kiri mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di dalam sebuah kereta jenis Honda City di hadapan rumahnya di Jalan Kenangan 1/4, Taman Kenanga Seksyen 1 dalam daerah Melaka Tengah pada 1 Julai 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut didapati bersalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan dan kerugian ke atas telefon bimbit Samsung milik mangsa pada tarikh, masa dan di tempat sama.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak menumbuk muka, mata kanan dan siku kiri mangsa sehingga luka selepas berang wanita terbabit enggan meminjamkan keretanya serta menolak untuk menghantarnya ke kedai.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan telah insaf.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira faktor kecederaan dan kerugian RM240 dialami mangsa.

Mazana kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara empat bulan jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan denda RM2,000 atau 12 bulan penjara bagi pertuduhan kedua. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI