fbpx

Benih patin terjejas sebab cuaca panas, El-Nino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penternak menangkap ikan patin di sangkarnya di Sungai Pahang, Temerloh.

TEMERLOH – Keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk fenomena El-Nino dikenal pasti antara punca berlaku kekurangan benih ikan patin.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya memandang serius isu itu dan akan mengambil tindakan dengan meningkatkan pengeluaran benih ikan patin.

“Justeru hatchery (tempat penetasan) di Pusat Pengemba­ngan Akuakultur (PPA) antaranya di PPA Perlok, PPA Bukit Tinggi, PPA Tapah dan Institut Penyelidikan Perikanan Glami-Lemi sedaya upaya memenuhi permintaan bekalan benih daripada penternak di seluruh negara.

“PPA Perlok, PPA Bukit Tinggi, PPA Tapah sedang meningkatkan pengeluaran benih ikan patin sebanyak 600,000 ekor bersaiz satu ke dua inci tahun ini,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, PPA turut menawarkan bantuan benih secara percuma kepada penternak dan akan memberi keutamaan mengeluarkan benih patin untuk memenuhi permintaan tahun ini.

Pihaknya turut menggalakkan penyertaan nurseri swasta untuk meningkatkan pengeluaran benih menggunakan teknologi ‘bioflok’ yang dijangka dapat mengeluarkan benih lebih tahan lasak dan menjimatkan kos.

Sebanyak 4.06 juta benih pa­tin dikeluarkan di Pahang setiap tahun di sembilan tempat pe­netasan. Dianggarkan 57 juta ekor benih ikan patin dikeluarkan yang ditampung 23 tempat penetasan di seluruh negara.

“Kerajaan menyasarkan 480,000 tan metrik pengeluaran akuakultur seluruh negara bagi 2023 yang mana 125,557.22 tan metrik adalah pengeluaran ikan air tawar seperti tilapia, patin dan keli,” katanya.

“Penternak dinasihatkan ambil benih bersaiz besar bagi me­ngurangkan tempoh ternakan dan risiko kematian,” ujarnya.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan bekalan ikan patin sangkar di daerah Jerantut dan Temerloh bukan sahaja semakin kritikal malah dijangka hanya mampu bertahan dalam tempoh beberapa bulan lagi ekoran kekurangan benih ikan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI