fbpx

TangXing Equipment labur RM50 juta di Sendayan Tech Valley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (kiri) melawat kilang pembuatan peralatan penggali terowong mikro pada Majlis Perasmian Pembukaan Kilang TangXing Equipment di Sendayan Tech Valley, Bandar Sri Sendayan, Seremban hari ini.

SEREMBAN – TangXing Equipment Sdn. Bhd (TangXing Equipment) bakal melabur sebanyak RM50 juta untuk membangunkan sebuah kilang pembuatan peralatan pembinaan penggali terowong mikro  di Sendayan Tech Valley, Bandar Seri Sendayan di sini.

Pengurus Kumpulan TangXing Equipment Sdn. Bhd., Tang Su Wen berkata, selepas 30 tahun bertapak di China, ini adalah masa terbaik untuk syarikat mengembangkan perniagaan di Malaysia.

“Produk kami terdiri daripada pelbagai peralatan dengan saiz berbeza termasuk mesin pengorek tekanan tanah, air lumpur, batu keras, lumpur pekat serta peralatan mesin pengorek terowong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Kilang TangXing Equipment (M) Sdn. Bhd. di Sendayan Tech Valley, Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Aminuddin berharap, pembukaan kilang ini bakal mewujudkan satu ekosistem baharu dalam rantaian industri kejuruteraan dan peralatan mesin serta jentera di negeri ini.

“Kilang ini berupaya menghasilkan kapasiti tahunan sebanyak 50 set mesin penggali yang mana 80 peratus daripada pengeluarannya akan dieksport ke pasaran Asia Barat dan Asia Tenggara.

“Dengan memfokuskan pasaran eksport ke luar negara, pemilihan Negeri Sembilan sebagai tapak projek dilihat amat tepat berikutan kedudukan negeri ini yang sangat strategik.

“Negeri Sembilan terletak berhampiran dengan ibu negara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang menjadikan ia sebagai salah sebuah destinasi pilihan utama pelabur,” katanya. -KOSMO!ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI