fbpx

Polis mohon sambung reman suspek bunuh, bakar kekasih hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana ketika pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Sabak Bernam, kelmarin.

SABAK BERNAM – Polis akan membuat permohonan lanjutan reman ke atas seorang lelaki yang membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, siasatan kes itu masih dijalankan pihaknya setakat ini.

“Polis akan mendapatkan perintah lanjutan reman pada Isnin (esok) terhadap suspek.

“Berdasarkan laporan bedah siasat Hospital Sungai Buloh, punca kematian mangsa akibat kesan luka tikaman di dada,” katanya, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan keluarga seorang wanita hamil yang dibunuh dan dibakar itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu.

Mereka turut berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang dan jenazah anak kelima daripada enam beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, kelmarin.

Lelaki berusia 20 tahun sebelum ini direman enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI