fbpx

‘Pembenci’ tak puas hati Ismail Izzani jadi hero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL IZZANI

SELAIN kisah mahkamah artis yang memeningkan kepala, ada beberapa cerita lain yang singgah di telinga Diva.

Antara yang tak sedap adalah pertikaian peminat tentang ‘kelayakan’ penyanyi Ismail Izzani memegang watak hero untuk drama terbaharu berjudul Bukan Hanya Sekadar Cinta.

Diva tidaklah terlalu pelik dengan perkara tersebut sebab sebelum ini dia memang pernah pegang watak hero cuma bukan untuk drama genre romantis.

Mulalah ada yang berpendapat, dia tidak sesuai memegang karakter berat, beri sahaja kepada yang lebih layak.

“Tak sesuai dia jadi hero, terlalu muda,” kritik seorang netizen.

“Tengok hero, terus tak jadi tengok,” komen seorang lagi netizen.

Harapnya, janganlah terus tuduh melulu dia tidak layak, manalah tahu sebab drama ini, kualiti lakonan Ismail semakin bagus.

Tidak salah kalau beri dia peluang buktikan kemampuan.

DIVA: Dulu Fattah Amin pun mulakan kerjaya dengan wajah jambu, sampai dilabel pelakon kayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI