fbpx

Kos Arafah, Mina kekal hingga 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Hussain (dua dari kanan) menyerahkan cenderahati berupa replika kaabah kepada Syed Saleh (dua dari kiri) pada majlis taaruf di Mekah, semalam.

 

 

MEKAH – Kos operasi masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina kekal selama tiga tahun sehingga 2025 selepas Tabung Haji (TH) memeterai perjanjian dengan Syarikat Masyariq Holdings bagi meringankan beban jemaah haji Malaysia.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perjanjian itu ditandatangani pada tahun ini bagi mengawal kenaikan kos melibatkan pengangkutan, penginapan dan sajian makanan ketika kemuncak haji.

Bagaimanapun katanya, ia tidak bermakna kos keseluruhan haji akan kekal seperti tahun ini kerana ia melibatkan pelbagai elemen lain seperti hotel, penerbangan, bayaran wajib kepada kerajaan Arab Saudi dan pengangkutan di luar tempoh operasi masyair.

“Ia melibatkan keselesaan di khemah di Rafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian makanan, kelancaran pergerakan bas, waktu melontar dan lain-lain perkhidmatan.

“Perjanjian ini membuktikan kerjasama erat antara TH dan syarikat Masyariq yang telah terjalin sejak sekian lama dan bagi melancarkan operasi dan kesejahteraan jemaah haji dari segi kos,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Terdahulu, Syed Saleh hadir pada majlis taaruf rombongan haji Malaysia dengan syarikat berkenaan, di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Masyariq Arab Saudi, Adnan Hussain Mandourah.

Sementara itu, Adnan Hussain berkata, pihaknya berbesar hati untuk berkhidmat kepada Malaysia dan cabaran untuk menguruskan perjalanan haji semakin mencabar setiap tahun.

“Kita melakukan projek besar dalam visi 2030 yang turut melibatkan proses pembesaran Masjidilharam. Insya- Allah jemaah akan ditambah sekiranya dibenarkan selepas projek ini selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI