fbpx

Tiada unsur jenayah kematian warga emas semasa operasi anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas yang maut di hadapan rumahnya ketika operasi menangkap anjing liar dilakukan Majlis Perbandaran Bentong di Bentong.

BENTONG – Tiada unsur jenayah dalam kejadian melibatkan seorang warga emas maut ketika operasi anjing liar yang dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB).

Difahamkan, dalam kejadian pada Rabu lalu itu, warga emas berusia 79 tahun berkenaan tidak membenarkan seekor anjing yang berada di luar rumahnya ditangkap dan berlaku sedikit pertelingkahan sebelum mangsa pengsan dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis telah menerima laporan kejadian daripada petugas MPB dan juga anak mangsa yang mana punca kematian adalah kerana kesukaran bernafas.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan punca kematian adalah ‘respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic obstructive pulmonary disease.

“Polis menasihatkan semua pihak agar tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan tiada unsur jenayah dalam kejadian melibatkan seorang warga emas maut ketika operasi anjing liar yang dijalankan oleh pihak MPB.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa komen yang tidak sewajarnya di dalam media sosial serta tidak membangkitkan isu perkauman,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis telah merakam percakapan kesemua pengadu dan saksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI