fbpx

Ramai teruja lihat ‘oppa’ Black Eagles hanya sekadar cuci mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pasukan Black Eagles yang mendapat perhatian orang ramai di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023.

PETALING JAYA – Penangan Pasukan aerobatik Black Eagles dari Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) masih terasa biarpun sehingga hari terakhir Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) berlangsung, hari ini.

Ia susulan pelbagai video dimuat naik di media sosial memaparkan ahli pasukan tersebut yang digelar ‘oppa’ dan ‘ahjussi’ dimana mirip seperti drama Korea terkenal, Descendants of the Sun.

Sehubungan itu, ada yang mengecam dan tidak berpuas hati dengan perkara tersebut kerana terdapat beberapa pasukan lain yang menarik perhatian.

Namun, wanita-wanita yang menggemari pasukan Black Eagles itu berpandangan bahawa mereka tidak mempunyai niat lain selain sekadar menikmati keindahan untuk ‘mencuci mata’.

“Sunnah pandang benda-benda yang elok atau cantik,” komen Linda.

“Tengok bukan sebab nak ‘menggetarkan tulang rusuk’. Tengok sebab kagum dan minat sahaja dengan jet pejuang mereka,” komen Imah.

“Macam mana pun, pejuang Malaysia tetap di hati.. ini cuma untuk hiburan sementara sahaja,” komen Wardah.

“‘Enjoy’ (nikmati) sahajalah untuk ‘few days’ (beberapa hari). Lepas habis nanti senyap dah semua,” komen Zubby.

Semalam, Kosmo! melaporkan orang ramai terutama golongan wanita bersorak termasuk menyebut ‘oppa’ dan ‘ahjussi’ sebaik sahaja juruterbang pasukan terbabit turun dari pesawat selepas melakukan pertunjukan udara menggunakan pesawat jenis T50-B.

Edisi LIMA ke-16 berlangsung sejak 23 Mei lalu mempamerkan sebanyak lima pasukan aerobatik terdiri daripada Indonesia, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan dan Russia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI