fbpx

Jemaah haji Malaysia diserang dehidrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh memeluk salah seorang jemaah yang tiba dari Madinah ke Maktab Abraj Janadriyah di Mekah semalam.

MEKAH – Jemaah haji Malaysia sekali lagi diingatkan supaya menjaga kesihatan dan minum air secukupnya ketika cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius ekoran terdapat beberapa kes melibatkan dehidrasi yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah tersebut hampir lemah tetapi berjaya dipulihkan selepas dinasihatkan supaya berehat bagi mengembalikan kesihatan dan keupayaan diri masing-masing.

Bagaimanapun katanya, kes tersebut agak terpencil kerana melibatkan hanya beberapa individu daripada kumpulan pertama jemaah yang ketika itu berada di Madinah.

“Petugas Tabung Haji (TH) bahagian perubatan telah menasihatkan mereka supaya berehat sebelum jemaah berkenaan dapat meneruskan ibadat dan aktiviti yang telah disusun.

“Sebab itu kita telah menyusun jadual supaya kumpulan jemaah pertama KT01 seramai 284 orang melakukan umrah pada waktu malam hari ini (semalam) bagi mengelakkan mereka mengalami dehidrasi dan bersesak di mataf serta mas’a,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI