fbpx

Delegasi perdagangan, pempamer nyatakan hasrat sertai LIMA’25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kiri) dan Anthony Loke (dua dari kanan) bersama Mahathir (dua dari kiri) pada Majlis Penutup LIMA'23 di MIEC, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Kalangan delegasi perdagangan termasuk pempamer dari luar negara menyatakan rasa bangga dapat menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) dan berhasrat untuk kembali lagi pada pameran berprestij tersebut pada 2025.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau menerima maklum balas yang sangat baik itu hasil pertemuan dengan pemimpin dan delegasi perdagangan sepanjang penganjuran LIMA edisi ke-16 tersebut.

Susulan kejayaan itu, beliau menjangkakan lebih ramai wakil negara luar dan pampamer menyertai LIMA akan datang yang mana terdapat keperluan kepada kawasan pameran lebih luas.

“Mereka telah nyatakan hasrat akan datang (LIMA) dan selepas ini kita akan beri notis awal kerana ramai nyatakan hasrat untuk bersama dengan kita pada saat akhir, namun kita tidak dapat tempatkan mereka kerana ketiadaan tempat yang cukup untuk mereka ambil bahagian.

“Jadi ini antara salah satu yang saya lihat bahawa sambutan LIMA dari tahun ke tahun bertambah banyak dengan kita menempatkan dua pameran iaitu udara dan maritim sekali (satu tempat),” katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook merasmikan Majlis Penutup LIMA’23 yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, Mohamad Hasan meminta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menaik taraf dewan MIEC bagi menempatkan lebih banyak pempamer dari seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI