fbpx

Tukang urut bayi dapat tunaikan ibadah haji selepas menabung puluhan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Solati mengurut bayi di rumahnya. - Elok Aprianto/jatimnow.com

JAKARTA – Seorang tukang urut bayi di Indonesia bersyukur apabila dapat menunaikan ibadah haji setelah menabung selama berpuluh-puluh tahun, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Nenek Solati, 94, dari Kampung Menganto, Jombang akhirnya dijemput menunaikan haji pada tahun ini. 

Anaknya, Tiami, 54, berkata, ibunya sudah merancang untuk menunaikan ibadah haji sejak berusia 30 tahun lagi. 

Solati sudah lama mengumpul wang yang diperoleh daripada kerja mengurut dan menjadi buruh tani untuk perbelanjaan haji.

“Dulu wang disimpan di dalam dompet sahaja. Pada 2015 baru saya ajak ibu menyimpannya di bank,” kata Tiami seperti dipetik saluran Youtube Sindonews.

Solati akhirnya berjaya menyimpan wang berjumlah 56 juta rupiah (RM17,269) untuk kos haji. 

Bukan itu sahaja, ibu tunggal empat anak itu sudah dua kali menunaikan umrah dengan hasil wang simpanannya.

Menurut Tiami, ibunya sudah mendaftar haji sejak 2018 dan niatnya ke kota suci Mekah tertangguh akibat pandemik pada 2020. 

“Saya sebagai anaknya tidak dapat menemaninya. Saya mendoakan agar dia sihat di sana, dan apabila pulang ke rumah dia juga sihat,” kata Tiami. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI