fbpx

WEZAS UPSI agih RM1 juta zakat pendapatan suku pertama 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah WEZAS, Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif (kiri) bersama wakil badan korporat menyampaikan sumbangan kepada mahasiswa sambil disaksikan Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman (kanan) baru-baru ini.

TANJUNG MALIM – Pusat Wakaf Endowment Zakat Khairat dan Sedekah (WEZAS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengagihkan zakat pendapatan berjumlah RM1,009,000 kepada lebih 1,400 mahasiswa asnaf pada suku pertama tahun ini.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff, peningkatan kos sara hidup dalam situasi ekonomi tidak menentu sedikit sebanyak menjejaskan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan tidak terkecuali juga kalangan mahasiswa.

Justeru, cakna terhadap kebajikan mahasiswa, beliau berkata, UPSI sentiasa proaktif menjalankan pelbagai inisiatif membantu mahasiswa pusat pengajian pendidikan tersebut.

“Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UPSI sentiasa menjalankan kerjasama dengan pelbagai agensi dan syarikat korporat mencari dana menerusi WEZAS yang ditubuhkan pada Ogos 2020.

“Pada suku pertama 2023, WEZAS berjaya mengagihkan zakat pendapatan sebanyak RM1,009,000 kepada lebih 1,400 mahasiswa golongan asnaf untuk membantu pengajian mereka di kampus,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Md. Amin berkata, selain WEZAS, Tabung UPSI Prihatin, Dermasiswa yang dilancarkan sejak 2020 juga menjadi dana kontigensi bagi membantu mahasiswa.

Katanya, ia membantu mereka yang terjejas akibat trauma kerana terlibat dengan kemalangan, kehilangan tempat bergantung dan pelbagai kes-kes berkaitan hingga menjejaskan sumber pendapatan.

“Menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) pula, pelbagai perkhidmatan melibatkan pengurusan mahasiswa berkeperluan khas dan orang kelainan upaya (OKU) seperti penyediaan Van Mobiliti oleh Seksyen Kebajikan dan Sahsiah Pelajar.

“Perkhidmatan lain yang terlibat ialah Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan juga kemudahan pinjaman wang dengan jumlah maksimum sebanyak RM500 menerusi inisiatif Pinjaman Segera,” katanya.

Beliau berkata, di peringkat kolej kediaman sama ada dalam mahupun luar kampus, Majlis Pengetua dan Majlis Mahasiswa Kolej sentiasa peka dengan kebajikan mahasiswa dengan menyediakan penginapan selesa dan kondusif.

Katanya, ia juga menyokong inisiatif mahasiswa menganjurkan pelbagai program sukarelawan dan keusahawanan untuk membantu mereka merancang serta mengurus kewangan dengan lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI