fbpx

Tuntutan waris Sulu, kerajaan buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Ketua Pegarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri membuat laporan polis terhadap penuntut-penuntut warga Filipina yang mendakwa waris Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia.

Sekretariat Khas JPM dalam kenyataan memaklumkan, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya atas sebab tuntutan tersebut dilihat sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.

Tegasnya, ia susulan daripada tindakan tuntutan yang difailkan oleh penuntut-penuntut melalui Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion.

“Rentetan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kumpulan Royal Sulu Force (RSF) sebagai entiti pengganas yang terbabit dalam tragedi pencerobohan di Sabah pada 2013.

“Manakala, salah seorang penuntut iaitu Fuad A. Kiram juga diklasifikasikan sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAATFUAA) pada 6 April 2023,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat Khas itu juga memberitahu, objektif laporan polis ini dilakukan dengan mengambil kira wujudnya elemen sabotaj ke atas ekonomi dan ancaman kepada keselamatan negara.

Katanya, ia melalui tindakan agresif penuntut-penuntut yang dipercayai bersubahat dengan menyalah guna proses timbang tara antarabangsa.

“Susulan daripada laporan ini, dipercayai satu siasatan jenayah akan dimulakan oleh pihak berkuasa demi menjamin keamanan, keselamatan dan kestabilan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI