fbpx

Orang ramai disaran ambil tempe dalam menu harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster perkongsian KKM di Facebook.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai mengamalkan pemakanan tempe kerana mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan badan.

KKM dalam hantaran di Facebook rasminya semalam berkata, tempe merupakan makanan yang tidak asing dalam hidangan harian masyarakat Nusantara.

Katanya, tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan.

“Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.

“Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya,” sarannya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI