fbpx

Matrix Concepts rekod untung RM204 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Haslah (dua dari kanan) melihat replika projek hartanah Matrix yang ditawarkan Kumpulan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) telah berjaya mengatasi cabaran kekurangan bekalan buruh dan kos bahan binaan lebih tinggi tahun lalu dengan merekodkan untung selepas cukai (PAT) 1.6 peratus lebih tinggi kepada RM204.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 (TK2023).

Hasil naik 25.2 peratus kepada RM1.1 bilion daripada RM892.4 juta pada tahun sebelumnya, dengan peningkatan sumbangan merentasi kesemua segmen perniagaan.

Kumpulan turut mencapai sasaran jualan hartanah baharu sebanyak RM1.2 bilion pada TK2023 daripada pembangunan tempatan, disokong cadangan nilai kukuh serta kualiti hartanah premium pada harga mampu milik bagi perbandarannya di Sendayan.

Setakat 31 Mac 2023, jualan belum dibil Kumpulan mening­kat 11.5 peratus kepada RM1.4 bilion daripada RM1.3 bilion sebelum ini, memberikan keterlihatan pendapatan untuk 15 hingga 18 bulan akan datang.

Pengerusinya, Datuk Moha­mad Haslah Mohamad Amin berkata, prestasi jualan kukuh tahun lalu menunjukkan pemahaman mendalam Kumpulan tentang keperluan pelanggan, digabungkan dengan aktiviti jualan yang berkesan melalui pelancaran produk di lapangan dan secara digital.

“Pelancaran hartanah terbaharu kami di Sendayan Deve­lopments telah mencapai kadar pengambilan yang tinggi dengan purata lebih 90 peratus dalam tempoh tiga bulan.

“Kami akan terus mengenal pasti peluang menambah bank tanah bagi melengkapkan ­capaian semasa.

“Kami akan kekal berhemat dalam menempuh tekanan pasaran,” katanya dalam satu kenya­taan yang dikeluarkan di sini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI