fbpx

Kumpulan penumpang bergaduh, tarik rambut di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekurang-kurangnya 12 penumpang terlibat dalam pergaduhan tersebut. – Twitter

CHICAGO, ILLINOIS – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan sekurang-kurangnya 12 penumpang di sebuah lapangan terbang di Chicago, Illinois, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pergaduhan itu tercetus selepas penumpang turun dari pesawat di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) pada 22 Mei lalu.

Berdasarkan klip video tersebut, sekumpulan penumpang dilihat melompat ke atas karusel bagasi dengan ada yang menumbuk dan menendang antara satu sama lain selain ada yang bertumbuk di atas lantai.

Sebilangan penumpang didengari memanggil anggota keselamatan selain terdapat juga yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

Seorang penumpang wanita kemudian dilihat menggunakan fon kepala sebagai senjata sebelum dihempas ke  lantai oleh seorang lelaki yang juga menumbuknya.

Polis Chicago dalam satu kenyataan berkata: “Pertengkaran lisan berlaku ketika penumpang turun dari pesawat di aras bawah Terminal 3 apabila seorang mangsa wanita berusia 24 tahun ditumbuk oleh dua pelaku. Suspek telah ditahan dan didakwa.”  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI