fbpx

Dua ditahan, dua lagi diburu kes tembak mati berhampiran balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang terbaring kaku selepas ditembak sehingga mati sebelum ini berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Dua lelaki termasuk remaja diberkas berhubung kes tembak mati seorang lelaki berhampiran balai polis Sungai Jarom sebelum ini diberkas kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, penahanan kedua-dua suspek warga tempatan berusia 19 dan 32 tahun dilakukan pukul 6.30 petang di sekitar pekan Banting.

Katanya, pihaknya telah mendapat perintah reman selama tiga hari daripada Mahkamah Majistret Telok Datok.

“Mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Banting dan polis kini sedang giat mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes bunuh itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang mempunyai 13 rekod lampau, mati ditembak berhampiran balai polis Sungai Jarom di sini pada 18 Mei lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, mangsa berusia 39 tahun maut di lokasi kejadian dengan empat kesan tembakan di kepala.

Susulan kes itu, empat lelaki bertopi keledar dengan menaiki dua motosikal diburu bagi membantu siasatan kes itu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI