fbpx

Shiha Zikir, Izzue Islam meriah, gamatkan ICSYVM6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIHA ZIKIR dan Izzue Islam dikatakan pasangan hos paling tepat untuk menggamatkan pentas ICSYVM6.

MASIH menjadi antara program hiburan pilihan ramai, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) kini kembali untuk musim keenam.

Mengekal konsep yang sama iaitu mencari penyanyi sebenar dalam kalangan penyamar, ICSYVMY6 dikatakan lebih gamat dan mencabar.

Penerbit eksekutif program, Jamil Hassan berkata, produksi menerima hampir 1,000 penyertaan yang terdiri daripada uji bakat terbuka dan secara dalam talian.

Katanya, penyertaan juga turut diterima daripada kalangan penyanyi profesional, sekali gus membuktikan jenama ICSYVMY masih kukuh.

GABUNGAN Izzue Islam dan Shiha sebagai pengacara, manakala Ropie, Jihan Muse dan Khir Rahman sebagai penyiasat tetap musim keenam menjadikan ICSYVM6 sebuah program hiburan penuh bertenaga dan bervariasi karakter.

“Memang sukar memilih untuk seramai 66 sebagai peserta terakhir bagi mengisi sebanyak 11 episod untuk musim kali ini,” katanya pada sidang media di ibu negara baru-baru ini.

Kongsinya, ICSYVMY6 merupakan musim yang paling mencabar buat pihak produksi terutama dalam membuat penilaian memilih peserta yang layak bertanding untuk 11 episod.

“Musim kali ini sangat mencabar sebab ramai yang hadir ke uji bakat cuba menipu dan ingin menjadi seorang penyamar sedangkan mampu menyanyi dengan baik.

“Ada yang boleh menyanyi tetapi berpura-pura sumbangkan suara supaya terpilih tetapi mujur kami berjaya mengenal pasti taktik sebegitu,” katanya lagi.

GANDINGAN Izzue dan Shiha disifatkan pilihan tepat untuk musim keenam ICSYVM6.

Izzue, Shiha gamat

Berkongsi gandingan pengacara iaitu Izzue Islam dan Shiha Zikir, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan, Russel Mark Rodrigues berkata, sinergi duo itu sangat hebat.

“Shiha dan Izzue berjaya menghidupkan ICSYVMY6 dengan energi yang mantap selain mampu mengawal ‘kekecohan’ sepanjang program berlangsung,” jelasnya.

Ujarnya lagi, Izzue dikekalkan untuk ICSYVM6 setelah melihat pencapaian cemerlangnya musim terdahulu.

“Izzue terbukti cemerlang. Shiha pula sudah menjadi hos beberapa program TV3. Sikap ‘happy go lucky’ dan kelakarnya itu kami perlukan,” jelas Russel.

Berkongsi lanjut, barisan panel penyiasat tetap yang terdiri daripada Jihan Muse, Khir Rahman, Baby Shima dan Ropie juga memberi impak besar terhadap perjalanan program.

“Mereka berempat memang kecoh dan ada ragam tersendiri.

“Semua itu membuktikan pemilihan barisan panel penyiasat untuk musim kali ini tepat, mereka memang berjaya mengelirukan penonton, artis jemputan dan hos sendiri,” katanya.

Penyiasat undangan yang akan menghangatkan lagi suasana pula terdiri daripada Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi.

Dijadualkan bersiaran bermula 4 Jun depan pada pukul 9 malam, ICSYVM6 mengekal format sama iaitu mempunyai empat pusingan untuk artis jemputan mengenal pasti dan menyingkirkan penyamar bersuara sumbang pada tiga pusingan awal.

Jika peserta yang mara ke pusingan akhir adalah penyamar, peserta berpeluang menang hadiah wang tunai RM3,000. Pemenang mingguan akan membawa pulang bekalan produk Cadbury selama setahun.

Pemenang keseluruhan pula berpeluang merakamkan single bersama penyanyi popular tanah air.

Sejak diperkenalkan, ICSYVMY berjaya mencipta fenomena tersendiri dengan sambutan luar biasa.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI