fbpx

Dewan Rakyat: 76,018 pemohon layak FSA 2 KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memohon Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA 2) yang dibuka sejak 7 April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah tersebut hanya separuh pencarum iaitu kira-kira 76,018 orang layak melibatkan mereka berusia antara 40 hingga 50 tahun.

“Jumlah amaun pinjaman adalah berjumlah RM726,318,500 daripada daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN),”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkaitan langkah kerajaan berkaitan pinjaman bank bersandarkan cagaran Akaun Kedua KWSP.

Mengulas lanjut, Ahmad menasihatkan kepada ahli KWSP yang betul-betul memerlukan serta mereka yang boleh membayar sahaja meminjam.

“Jika kita tiada keperluan untuk meminjam janganlah pinjam kerana KWSP ini masih boleh dikeluarkan untuk pendidikan, kesihatan, haji, insurans tertentu masih boleh keluar.

“Jadi untuk pinjaman peribadi, jika nak juga keluar ia tidak dijamin KWSP kalau dia tak bayar boleh disenarai hitamkan tapi bayar. Walau bagaimanapun akhirnya umur 50 atau 54 baru KWSP boleh keluarkan bayar pada bank jika mereka masih lagi tidak bayar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI