fbpx

Shah Rukh Khan didakwa merayu anak dilepaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

KES dadah membabitkan anak Shah Rukh Khan, Aaryan yang berlaku dua tahun lalu kembali menjadi menjadi bualan apabila tular percakapan dalam mesej pesanan suara membabitkan aktor itu kepada bekas pengarah Biro Pengendalian Dadah Mumbai, Sameer Wankhede.

Isu ini timbul selepas Sameer berdepan tuduhan cuba memeras ugut Raja Bollywood itu sebagai ganjaran mengelakkan anaknya dijatuhkan hukuman atas kes dadah sekitar 2021 yang lalu.

Namun lelaki itu meminta Mahkamah Tinggi Bombay membatalkan dakwaan tersebut, tetapi permohonannya ditolak.

Begitupun, mahkamah setuju memberikan pelindungan terhadap Sameer daripada dikenakan sebarang tindakan penguatkuasaan agensi berkaitan termasuk tangkapan sehingga 27 Mei ini.

Dalam rakaman yang tersebar, Shah Rukh Khan berulang kali mengirimkan pesanan berbaur emosi supaya menjaga anaknya dalam tahanan dan menggugurkan dakwaan terhadap Aaryan.

Antara permintaan lain, Shah Rukh Khan meminta Sameer bersikap lembut terhadap anak sulungnya yang disifatkan agak degil.

Sebagai seorang bapa, bintang Asoka itu minta difahami apabila anak yang disayangi berada dalam situasi sukar.

Malah dalam pesanan lain, bapa kepada tiga cahaya mata itu membuat pelbagai rayuan lain termasuk meminta Aryan dilepaskan daripada pertuduhan dengan alasan jumlah dadah ditemui sangat kecil.

Difahamkan, percakapan yang tular itu dikongsikan dalam laporan Free Press Journal, tetapi belum dapat disahkan kesahihannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN