fbpx

Nenek syukur, cucu tiada dokumentasi akhirnya dapat bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMRI (dua dari kanan) menyerahkan sijil kelahiran Muhammad Yusri (tengah) kepada Sabariah (kiri) di Taman Desa Permai, Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Seorang nenek berasa lega dan bersyukur apabila cucunya yang berusia lapan tahun akhirnya mempunyai dokumen pengenalan diri yang membolehkan kanak-kanak itu mendapat pendidikan di negara ini.

Sabariah Ahmad, 69, berkata, dia mempunyai kira-kira 12 cucu dan kesemua cucunya yang lain bersekolah kecuali Muhammad Yusri Osman, 8, yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri susulan masalah ketiadaan sijil nikah perkahwinan arwah bapanya, Osman Jaffar, 49, dan juga isteri warganegara Indonesia.

Menurutnya, dua minggu sebelum kematian Osman pada 12 April lalu kerana sakit jantung, bapa Muhammad Yusri yang juga anaknya itu mengusahakan permohonan pendaftaran kelahiran kanak-kanak tersebut.

“Apabila proses ini diselesaikan, saya tentu seronok dan lega apabila selepas ini Muhammad Yusri dapat ke sekolah, itu yang kami harapkan. Cucu-cucu saya lain semua sudah bersekolah, hanya dia sahaja, sebelum ini dia hanya dihantar ke pusat tuisyen sahaja.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu, kami hanya mahu dia mendapatkan pendidikan sama seperti kanak-kanak yang lain, ini demi masa depan dia juga,” katanya.

Dia ditemui dalam Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Desa Permai Port Dickson, di Lukut, di sini, hari ini.

Pada program berkenaan, Ketua Pengarah JPN, Zamri Misman telah menyampaikan sijil kelahiran bukan warganegara buat Muhammad Yusri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI