fbpx

Rangka pelan tindakan perlindungan kanak-kanak warganegara, bukan warganegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZALINA (dua dari kanan) ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Parlimen Pengerang di Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi malam semalam.

KOTA TINGGI – Kerajaan akan merangka satu pelan tindakan untuk memberikan lebih banyak perlindungan undang-undang kepada kanak-kanak warganegara dan bukan negara di Malaysia melalui simposium antarabangsa pemerkasaan suruhanjaya kanak-kanak yang akan dianjurkan selama dua hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan bahagian undang-undang yang akan menampilkan pakar-pakar dari luar negara.

“Kita bawa beberapa pakar-pakar dari luar negara, mereka-mereka yang wujudkan pejabat ‘child commisioner’ dan kita akan menilai cara mereka, cabaran mereka supaya kesilapan mereka kita tidak dapat ulang sebab kita pula baru. Walaupun kita sudah ada dibawah Suhakam tapi kita nak ada pengkhususan.

“Jadi harapan saya daripada simposium Isnin dan Selasa ini, kita dapat buat satu ‘road map’ untuk memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang pada anak-anak negara kita.

“Tidak kisahlah anak Malaysia ataupun anak-anak bukan warganegara Malaysia. Isu lebih kepada perlindungan undang-undang. Saya tidak sentuh isu kebajikan, ke isu persekolahan tetapi lebih kepada isu kanak-kanak dan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Pengerang di Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi malam semalam.

Seramai 10 pakar dari pelbagai negara termasuk Thailand dan Filipina akan berbincang dan memberikan pandangan dalam Simposium Antarabangsa: Pemerkasanaan Suruhanjaya Kanak – Kanak: Memperkukuh Hak dan Melindungi Masa Depan yang akan berlangsung di Auditorium Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Kuala Lumpur.

Program yang julung kalinya diadakan itu anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU), UNICEF Malaysia, Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI