fbpx

JPJ Perak lelong 41 kenderaan sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pembida yang hadir di pejabat JPJ Perak di Ipoh hari ini.

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak hari ini melupuskan 41 buah kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 secara lelong dengan hasil lelongan berkenaan berjumlah RM487,750.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, daripada keseluruhan kenderaan yang dilelong itu, 35 daripadanya boleh dilesenkan dan enam lagi kenderaan tidak boleh dilesenkan.

“Jumlah kenderaan yang dilelong ialah lapan buah motosikal, 32 motokar atau van dan sebuah van. Lelongan awam pada kali ini telah berjaya mengutip hasil keseluruhan sebanyak RM487,750.

“Kenderaan yang mendapat hasil lelongan tertinggi adalah kenderaan buatan Honda model Integra yang berjaya dilelong dengan harga RM41,500, manakala hasil lelongan terendah adalah motosikal dengan harga bidaan RM50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dokumen lelongan awam telah mula dijual mulai 15 Mei hingga 19 Mei 2023 dengan harga RM70 senaskah, manakala bagi pemeriksaan awam pula JPJ telah membuka pagar kepada pembida pada tarikh sama bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 hingga 4 petang.

“Seramai 47 pembida telah hadir dan mengambil bahagian dalam lelongan kali ini. Pembida yang berjaya membida kenderaan hendaklah menyelesaikan urusan pertukaran hak milik kenderaan yang berjaya dibida dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan selaras di bawah Seksyen
13 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI